REMAJA : CINTA HIGH CLASS (:

Assalammualaikum Warahmatullah 

Remaja sinonim dikaitkan dengan cinta . Cinta sesama manusia merupakan 
fitrah yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada peringkat umur manusia . Namun , zaman remaja itulah kemuncaknya kerana berlaku pertukaran fasa kanak - kanak ke alam dewasa , apatah lagi peringkat remaja mencari identiti sebenar diri mereka sebelum melangkah ke alam dewasa .




ketahuilah zaman remaja perlu diurus dengan baik dan atas jalan yang benar agar natijahnya kelak adalah sesuatu yang bukan sahaja mendatangkan kebaikan buat diri sendiri , tetapi mendamaikan hati ibu dan ayah serta mendapat keredhaan Allah s.w.t .

Kategori cinta ada tiga : Cinta Biasa , Cinta luar biasa dan cinta high class . 

Cinta High class ialah perkara yang lebih baik . Ia bukan cinta biasa , mahupun cinta luar biasa . Apakah perbezaan antara ketiga - tiga cinta ini ? 
Mari kita kaji satu persatu (^_^)



Cinta Biasa


'meow' .. seekor kucing bertompok - tompok di badannya mengejar si kucing betina . Galak bunyi ngiauannya . Lebih nyaring dan panjang daripada biasa . 
Mungkin musim mengawan telah tiba .
           
       Seperti haiwan begitu jugalah manusia  . Wanita dan lelaki saling tertarik dan itu perkara biasa . Apabila ada sesuatu yang dipandang dan didengar yang dapat menarik perhatian seseorang  , perkara itu akan membuatkan seseorang ingin mengetahui lebih lanjut tentangnya . Wanita dan lelaki juga difitrahkan dengan perasaan saling mencintai . Ia perkara biasa yang dialami oleh ramai orang . Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti menjadi rahib dan menolak perasaan cinta serta keinginan untuk berkahwin dengan alasan untuk mengelakkan diri daripada mendapat mudarat cinta .

Sebaliknya , islam menawarkan solusi  terbaik iaitu pernikahan agar fitrah dapat disalurkan menjadi barakah . Itulah cinta biasa , perasaan yang sedia ada dan fitrah dalam hati setiap insan .


Masih membaca ? mari ke jenis cinta yang seterusnya .






Cinta Luar Biasa


Namun , cinta luar biasa tidak dinilai pada sehebat mana cara pertemuan pasangan tersebut  , atau sejauh mana perhubungan cinta mereka diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan .

Wanita dan lelaki yang dibuai tanpa kesedaran dan batasan dengan perasaan cinta ini , akan sanggup berkorban segala-galanya demi cinta . Bahkan mereka cuba membuktikan kepada dunia bahawa cinta mereka sudah begitu mendalam dan luar biasa . Sedarkah mereka akan akibatnya ?

demi cinta , sanggup mengetepikan keluarga dan tinggal bersekedudukan dengan si dia . LUAR BIASA!
         
      Demi cinta , bayi sanggup digugurkan dan dikisar di dalam blender .
LUAR BIASA !

Demi cinta , hubungan cinta dan perkahwinan dibanjiri dengan kemewahan dan kekayaan yang melampau . LUAR BIASA !
semua itu luar biasa , Ya  , luar biasa yang membawa binasa .
Tanpa asas agama , maruah diri sanggup dikorbankan . Islam menutup pintu- pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca - punca  keghairahan dan pencetus fitnah .



Cinta High Class

Wanita dan lelaki yang bercinta selepas nikah akan saling melengkapkan keperluan diri , pengetahuan dan agama pasangannya . Ini jauh lebih luar biasa dan dikategorikan sebagai cinta high class . 
   Jika belum menikah  , cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah . Fahamkan si dia dengan cara yang benar serta kurangkan perjumpaan dan komunikasi . Ianya hanya dibolehkan atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batas . 

Dalam menilai antara keperluan dan kemahuan , mintalah fatwa dari hati . Hati yang sihat dan sejahtera dapat membezakan antara kebaikan dengan dosa . Kebaikan itu ialah perasaan tenang dalam hati . Dosa itu pula adalah perasaan was - was dan syak dalam hati . Nikmatilah indahnya saat menahan perasaan cinta dan rindu kerana apabila telah halal perhubungan itu  ia akan dipenuhi dengan pelbagai keterujaan .

Kriteria Cinta high class :

1 . Cinta yang mendaulatkan Allah sebagai yang pertama .
2 . Cinta kerana Allah .
3 . Cinta yang bermujahadah melawan nafsu .
4 . Cinta tanpa seteru ( menjada hubungan sesama manusia - hablumminannas) . 


Mengapa ia dipandang high class ? Itu tanda mematuhi suruhan Allah , tanda jauhi fitnah dan tanda sebuah mujahadah .  Jangan tunggu hingga hari esok . Hari ini juga , cintailah secara high class (^__^) .





Bersahabat sampai Ke Syurga

Agama Dan sahabat 



Kerana pegangan kau hadapi ,
Dugaan ini ya sahibul Kahfi !

Kamil , 
kalimah kebenaran telah zahir ,
tak usah engkau ragukan 
kita datang dari Dia 
Kita pulang kepadanya.


Semua orang perlukan sahabat kan ? sahabat penting dalam kehidupan kita .
Pengaruh agama seseorang itu punya keterikatan dengan nilai persahabatan . 
Hubungan unik antara agama seseorang itu dengan sahabatnya perlu diakui . Rasulllah pernah bersabda yang bermaksud : Seseorang itu adalah berdasarkan agama sahabatnya .
Maka , perhatikan seseorang itu , siapakah bakal menjadi sahabatnya' . Justeru , nilai agama perlu dijadikan syarat pemilihan sahabat agar kita juga terselamat .

Bukan berniat meminggirkan mereka yang kurang penghayatan agamanya , tetapi sekurang-kurangnya sahabat yang terpelihara kualiti agamanya ini dijadikan tonggak sebagai 'target market ' untuk berdakwah .

Kita tahu dan boleh menilai diri sendiri melalui cerminan kawan yang baik atau buruk . Jika anda sukakan kebaikan yang ada padanya , maka itu tanda anda juga seorang yang baik . Andai sebaliknya , maka bersedia untuk berubah dan memperbaiki diri dan hati . 

Carilah sahabat yang boleh dijadikan ubat . Itulah sahabat yang kenal akhirat kerana kita nanti akan turut terpikat . Terpikat bukan dengan maksiat , tetapi jatuh hati dengan syariat . Carilah sahabat yang kuat berguru dengan ilmu , dengan syaitan pasti berseteru . Kawan yang sanggup bersusah lelah , berbakti dan beribadah kerana Allah . Persis Abu Bakar r.a dan Nabi s.aw yang tercinta . Bersahabat dan bertemanlah hanya kerana Ilahi , lestari manisnya ke alam syurgawi .

Salam UkhwahFillah .