Dahulukan Iman



Seperti Lalang ditiup Angin



Lalang yang memiliki dedaun yang tirus dan lurus mudah sahaja melentok - melentok mengikut sapaan angin . 
Lalang yang tidak memiliki struktur yang tegap tidak mampu menahan angin daripada menolak dirinya ke sana ke mari . Semakin kuat angin yang datang , semakin tunduklah lalang diterjah angin kencang . Itu adalah peribadi lalang . Mengikut arus yang meniup dirinya . Bagaimana pula kita sebagai manusia ? 
Adakah kita berperanan dan berwatak disebabkan faktor luaran atau kita memiliki pendirian sendiri yang mampu membentengi pertahanan diri ?

Ayuh fikirkan wahai remaja , sering kita alpa membuat penilaian untuk kebaikan diri sendiri sedangkan Islam mengajar kita agar menyayangi diri sendiri dan usah menzaliminya . Fikirkan dengan akal yang dianugerahkan dan nilai semula segala tindakan dengan simpulan kemas iman . Usah terikut dengan keadaan semasa yang merosakkan dan menjauhkan kita daripada ingatkan Tuhan . 

Di sini dinyatakan beberapa situasi . 


Situasi 1 

Gel rambut disapu di serata kepala . Rambut yang agak lebat memudahkan rambutku digayakan mengikut arus semasa . Kedua - kedua belah tangan mengepit bahagian hadapan rambut . Rambutku terpacak dengan bantuan gel . Wajahku mengukir senyum setelah berpuas hati dengan gaya rambut terbaru ini .


Situasi 2

Aku menyisir rambut dengan rapi . Penampilan diriku perlu kelihatan kemas dan bersih . Itu yang disarankan Islam dan itu jualah ikutanku . Biar gaya semasa berubah seiring zaman , namun yang dirasakan sesuai ku ambil dan sebaliknya ku tinggalkan jauh . 

Kesimpulannya  , di manakah kita berada ? Tepuk dada , tanya Iman :)




No comments:

Post a Comment